KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa untuk menunaikan ikrar bagi mempertahankan kebebasan bersuara dan melindungi kebebasan media seperti mana dijanjikan dalam manifesto beliau.
Gesaan itu disuarakan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang melahirkan kebimbangan mengenai isu kebebasan bersuara susulan beberapa saluran media yang disekat termasuk portal berita MalaysiaNow dan TV Pertiwi.
"Saya melihat kerajaan PH-BN (Pakatan Harapan - Barisan Nasional) semakin terdesak dan bimbang dengan gelombang penerimaan rakyat terhadap Perikatan Nasional (PN).
"Kita melihat sekatan kepada akses media ini adalah tindakan yang terdesak dan bercanggah dengan perjuangan Anwar sebelum ini yang selalu membantah corak pentadbiran kerajaan terdahulu.
"Saya menyokong desakan oleh Wartawan Kanan yang mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak bertindak seolah-olah sebagai "Big Brother" (Abang Besar) dengan sewenang-wenangnya menyekat kandungan dalam talian," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Selasa lalu, lapan veteran media tempatan menyatakan kebimbangan apabila kebanyakan kandungan portal berita yang dilabelkan sebagai 'menyinggung' dan hanya pendapat yang dianggap kritikal terhadap kerajaan, disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).
Mereka dalam kenyataan bersama meluahkan kebimbangan itu apabila MCMC sejak akhir-akhir ini dilihat sering memanggil pengamal media untuk memberikan penjelasan mengenai kandungan yang dilaporkan menerusi portal berita dan laman dalam talian masing-masing.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Tan Sri Johan Jaaffar, Datuk A Kadir Jasin, Datuk Hussamuddin Yaacob, Datuk Seri Azman Ujang dan Datuk Dr Chamil Wariya.
Turut serta dalam kenyataan bersama itu ialah Datuk Yong Soo Heong, Datuk Zakaria Wahab dan Dr G Manimaran.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, sudah sampai masanya rakyat dicelikkan dan difahamkan tentang sesuatu perkara dengan maklumat benar.
Justeru itu tegasnya, Kerajaan harus memberi rakyat peluang mempertimbangkan pilihan mereka hasil dari kebebasan bermaklumat.
Afiezy Azaman
Fri Sep 01 2023
Tuan Ibrahim berkata, sudah sampai masanya rakyat dicelikkan dan difahamkan tentang sesuatu perkara dengan maklumat benar. - Foto fail/BERNAMA
Pengundian awal, apa desas desus?
Hasimi Muhammad, Wartawan Astro AWANI
[TERKINI] Menang undi awal polis, tentera
Keputusan tidak rasmi yang dikongsikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Facebook menyaksikan Sock Tao menang dengan majoriti 436 undi.
Machado, Saddil mungkin terlepas aksi pertama Liga Super - Kim Swee
Dua pemain import Sabah FC iaitu Ramon Machado dan Saddil Ramdani mungkin terlepas aksi pertama Liga Super menentang Penang FC.
AWANI Borneo [11/05/2024] – Persempadanan semula kawasan DUN | Perginya ikon kebanggan Orang Ulu | Peruntukan RM7 juta
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan
#AWANIBorneo 11 Mei 2024
Sarawak pertimbang semak persempadanan semula kawasan DUN.
Pemimpin negara beri penghormatan terakhir kepada Mendiang Mutang Tagal.
Peruntukan RM7 juta bagi ubah wajah tamu desa di Sabah.
#AWANIBorneo 11 Mei 2024
Sarawak pertimbang semak persempadanan semula kawasan DUN.
Pemimpin negara beri penghormatan terakhir kepada Mendiang Mutang Tagal.
Peruntukan RM7 juta bagi ubah wajah tamu desa di Sabah.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
RM7 juta diperuntukkan naik taraf 38 tamu desa di Sabah - Ewon
Sebanyak RM7 juta diperuntukkan bagi menaik taraf 38 tapak tamu desa yang telah dikenal pasti di seluruh Sabah
KKDW peruntuk RM290 juta setahun untuk luar bandar Sabah
Peruntukan RM290 juta KKDW untuk kemudahan luar bandar Sabah adalah peruntukan tahunan kementerian itu bagi membantu penduiduk negeri itu.
Saya kehilangan sahabat baik - TPM Fadillah
Menyifatkan mendiang sebagai sahabat baik sejak sekian lama, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Mutang adalah pemimpin Sarawak yang banyak memberi sumbangan sepanjang bergelar Ahli Parlimen Bukit Mas dari 1982 hingga 1990 dan banyak menyatukan Orang Ulu
Mutang akan terus diingati sebagai pemimpin hebat - Premier
Mutang akan terus diingati sebagai pemimpin hebat - Premier
Mutang miliki prinsip ke arah reformasi Parlimen - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan negara kehilangan individu yang sangat serius dalam usaha reformasi Parlimen dengan pemergian Yang Dipertua Dewan Negara mendiang Senator Datuk Mutang Tagal .
PM Anwar lawat Qatar mulai Ahad
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei.
Gaji penjawat awam: Pulau Pinang selaras kenaikan gaji ikut kerajaan Persekutuan
Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedia menaikkan gaji penjawat awam di negeri itu selaras keputusan kerajaan Persekutuan.
Mendiang Mutang miliki prinsip, nilai kukuh ke arah reformasi Parlimen - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan negara kehilangan individu yang sangat serius dalam usaha reformasi Parlimen dengan pemergian mendiang Senator Datuk Mutang Tagal.
PM Anwar hulur sumbangan kepada Daddy Rock
Perdana Menteri berkata Shahrol Asikin yang mengalami masalah komplikasi jantung akan menjalani prosedur pembedahan jantung bulan depan.
PM Anwar seru Sime Darby Plantation jadi pelopor kurangkan kebergantungan buruh asing
Anwar berkata pendekatan dan kemajuan teknologi yang digunakan Sime Darby Plantation, disasarkan menjadi contoh kepada pekebun-pekebun kecil.
Pelajar dapat akses maklumat, kajian dua minggu lagi - PM
Akses tersebut diberikan melalui perkomputeran awan dan dikoordinasikan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Bina ekosistem AI, segera rencana pendekatan pendidikan - PM
Tenaga pengajar dan para profesor disaran berinteraksi bagi meningkatkan mutu kemahiran dalam sistem pendidikan.
PM Anwar, MB Terengganu adakan perjumpaan tertutup
Perdana Menteri hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
PM Anwar lawat Mutang Tagal di IJN
Perdana Menteri hari ini melawat Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal, yang kini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara.
'Jawatan TPM dari Sabah, kita tunggu PRU16 nanti' - Ahmad Zahid
Jawatan Timbalan Perdana Menteri yang diberikan kepada Datuk Seri Fadillah Yusof bukan sahaja mewakili Sarawak tetapi portfolio itu adalah untuk mengkordinasikan semua program di Sabah.